Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka merupakan sebuah masjid negeri yang terletak di Jalan Bukit Palah, Melaka. Masjid ini telah dirasmikan pada hari Jumaat 20 Zulhijjah 1410H bersamaan 13 Julai 1990M.
Masjid Negeri Al-Azim mula dibina pada 14hb. Mac,1984. Batu asas dan arah kiblat diletakkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada ketika itu Datuk Seri Mohd. Adib bin Haji Adam. Seterusnya disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd. Rahim bin Datuk Thamby Chik hinggalah masjid ini siap dan dirasmikan pada hari Jumaat 20 Zulhijjah 1410 (H) bersamaan 13hb. Julai 1990 (M) dalam suatu upacara yang bersejarah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Masjid ini memuatkan jemaah berjumlah 11,700 orang.