Masjid Ubudiyah Ayer Keroh merupakan sebuah masjid yang terletak di Taman Air Keroh Heights, 75450 Melaka.
Masjid Ubudiyah Ayer Keroh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00111.
Masjid Ubudiyah Ayer Keroh bermula sebagai surau di atas tapak tanah yang disediakan oleh pemaju Ayer Keroh Heights. Surau tersebut dibina dengan kos sebanyak RM60,000 (Derma: RM30,000 dan Sumbangan Kerajaan: RM30,000).
Pada tahun 1984, surau berkenaan mula diperbesarkan, dan pada tahun 1985 ia telah dinaiktaraf sebagai sebuah masjid serentak dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka mewujudkan satu kariah baru iaitu ‘Kariah Ayer Keroh’. Sebelum itu Ayer Keroh Heights terletak di bawah Kariah Bukit Katil.
Nama ‘Masjid Ubudiyah’ telah diberi oleh Mufti Negeri Melaka ketika itu, YBhg Tuan Hj Mohd Yunus Bin Hj Mohd Yatim.